Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya adalah seorang yang dicabul hak privasi dan dibuli melalui godaman peranti terhadap saya selama bertahun, melalui godaman tersebut aib saya disebarkan, rakan dan rakan sekerja membuli saya dari pelbagai sudut dan keluarga tidak mahu berkongsi tentang godaman tersebut bahawa siapa atau mengapa ia dibuat.
Kerana marah akan tiada saudara seislam yang ingin membantu, saya pernah megucapkan kepada beberapa orang yang saya bukan lagi islam serta ada juga berniat untuk keluar daripada agama islam dan menjadi murtad.
Adakah cukup untuk saya mengucap syahadah sendiri untuk kembali islam ataupun saksi diperlukan untuk saya kembali.
Serta taubat, apakah langkah langkah lain yang diperlukan untuk saya kembali islam? Saya telah hilang hubungan dengan mereka yang saya ucapkan bukan islam kerena mereka telah block saya daripada menghubungi mereka.
Jawapan
Berhati-hatilah dalam mengeluarkan perkataan yang boleh menyebabkan murtad, walaupun ia disebabkan oleh faktor luaran, lalu kita mengungkapkan kalimah-kalimah syirik. Semua ucapan ini boleh menyebabkan murtad tanpa mengira samada disebabkan oleh keyakinan atau kemarahan atau keingkaran, mengutuk agama atau mengutuk Allah SWT dalam keadaan marah, bertengkar atau mempersendakan, sama ada semata-mata untuk menjadi bahan ketawa, main-main atau mengejek.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 65-66:
Maksudnya: Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.
Usaha tuan kembali ke pangkal jalan adalah sangat dipuji kerana sekiranya masih berterusan, neraka lah untuk orang-orang yang murtad. Apa yang boleh dan perlu tuan lakukan adalah:
Sekian, terima kasih