BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam ustaz/ustazah.

Saya kenalkan diri saya siti ya.. Saya ada beberapa kemusyikilan.

1) Adakah solat atau apa sahaja amal ibadah dan baik seorang hamba diterima jika dia masih melakukan kemungkaran seperti berbohong, tidak mengaku bersalah sehingga menyebabkan orang lain teraniaya?

 

2) Apakah solution yang perlu dilakukan jika masih belum bersedia mintak maaf secara depan kerana tidak mahu hubungan jadi rengang. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Solat dan ibadah seseorang tetap sah jika cukup syarat dan rukunnya, walaupun dia masih melakukan seperti berbohong atau menzalimi orang lain. Namun dosa tersebut boleh menjejaskan pahala, terutama jika melibatkan hak manusia. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisa' ayat 48 iaitu:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik, dan Dia mengampunkan dosa selain daripada itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki.

Jika kezaliman terhadap manusia tidak diselesaikan, pahala boleh dipindahkan kepada orang yang dizalimi. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda iaitu: 

أَتَدْرُونَ مَنِ الْمُفْلِسُ؟ قَالُوا: الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ. فَقَالَ: إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي، يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا، وَقَذَفَ هَذَا، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا، وَضَرَبَ هَذَا، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ، أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Maksudnya: Orang muflis dari kalangan umatku ialah yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat, tetapi dia pernah mencaci orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang ini. Maka diberikan kepada orang yang dizalimi itu daripada pahala-pahalanya. Jika habis pahalanya sebelum selesai tuntutan, diambil pula dosa mereka lalu dicampakkan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka. (Riwayat Muslim)

Jadi, amalan tidak automatik ditolak, tetapi kezaliman yang tidak diselesaikan boleh menghakis pahala.

Jika belum bersedia meminta maaf secara berdepan, mulakan dengan taubat yang sungguh-sungguh dan hentikan perbuatan salah itu. Dalam masa sama, rancang cara paling berhikmah untuk menyelesaikan hak tersebut, sama ada melalui mesej, orang tengah, atau waktu yang lebih sesuai. Menangguhkan bukan penyelesaian kekal, tetapi boleh diurus dengan hikmah sehingga tiba masa yang tepat.

 والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 165

message user image