BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: berkenaan wasiat, adakah dibolehkan jika saksi hanya membuat rakaman suara tetapi tidak hadir di tempat ketika wasiat itu ditulis ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, wasiat adalah pemberian harta oleh pewasiat kepada penerima wasiat selepas kematian pewasiat. Terdapat empat rukun wasiat yang perlu ada bagi setiap akad wasiat seperti yang dinyatakan di dalam kitab Al Muktamad Fil Fiqh Asy-Syafi’e karangan Dr. Muhamad Az-Zuhaili iaitu ; i Al Musi ; Pewasiat ii Al Muso lahu ; Penerima wasiat iii Al Muso bihi ; Harta yang diwasiatkan iv Sighah ; Akad Wasiat terbahagi kepada tiga kaedah iaitu secara bertulis, lisan dan isyarat. Penyaksian di dalam wasiat hanya disyaratkan pada wasiat kaedah lisan dan isyarat demi menjaga maslahah orang Islam dan mengelak pertikaian. Perkara ini dinyatakan di dalam Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999, seksyen 3(2) Sesuatu wasiat lisan atau wasiat dengan isyarat hendaklah dibuat di hadapan sekurang - kurangnya dua orang saksi yang boleh diterima sebagai saksi menurut hukum Syarak. Berbalik kepada persoalan puan, wasiat secara bertulis tidak disyaratkan adanya saksi. Walau bagaimanapun, jika didatangkan saksi pada wasiat secara bertulis, perkara tersebut adalah amat digalakkan di dalam Islam dan saksi hendaklah hadir ditempat wasiat tersebut ditulis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 91

message user image