Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Saya perlukan pencerahan, saya bertengkar dengan isteri saya sehingga dia cakap "kalau rasa dia tak cukup, ceraikanlah dia"
And saya jawab "kalau nak , kita pergi mahkamah lah"
Adakah situasi itu atau perkataan tersebut menyebabkan jatuhnya talak?
Perlukah saya ke mahkamah syariah untuk mendapatkan kepastian hakim?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, lafaz tuan sebagai suami iaitu, "kalau nak , kita pergi mahkamah lah", bukanlah lafaz talak. Sebaliknya ia adalah pemberitahuan atau perkhabaran yang mengatakan hasrat, keinginan atau janji suami jika isteri berkehendak perkara itu, dia akan menceraikan isterinya.
Seandainya selepas daripada itu, suami hendak memenuhi hasrat atau janji untuk menceraikan isterinya, maka suami perlu melafazkan talak kepada isteri. Namun jika suami tidak ingin meneruskan hasratnya, maka talak tidak berlaku.
Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini, sila rujuk kepada Unit Undang-Undang Keluarga Islam di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.
Sekian, terima kasih