BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum..saya ingin bertanya..suami saya lafaz cerai berbunyi...AKU CERAI TALAK 1..apakh itu jatuh? dia takda sebut AKU CERAI KAU/ KAMU..

dia hanya sebut begitu saja AKU CERAI TALAK 1..hanya itu yang disebut..tiada disebut AKU CERIA KAU/KAMU..

mohon penjelasan..terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan puan, lafaz yang disebut oleh suami adalah tidak sah talak sebab tidak sebut rukun talak kedua iaitu isteri. 

Sehubungan itu, puan terus kemukakan perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan status pernikahan antara puan dan suami. Hanya pihak mahkamah sahaja yang mempuyai bidangkuasa untuk mengesahkan perkara tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 63

message user image