Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAIKUM USTAZ, SAYA INGIN AJUKAN SOALAN...BOLEH KAH MEMBAYAR ZAKAT FITRAH SECARA DALAM TALIAN @ ONLINE..SEKIAN TERIMA KASIH.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, diharuskan membayar zakat fitrah secara dalam talian (online). Namun begitu, pembayaran tersebut perlu disalurkan kepada badan yang berautoriti yang menguruskan hal ehwal zakat seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana mereka adalah amil yang dilantik secara sah oleh ulil amri serta diberi kuasa untuk mengutip dan mengagihkan hasil kutipan zakat. Bacaan lanjut di pautan berikut:
https://www.muftiselangor.gov.my/2025/02/05/hukum-pihak-yang-tidak-dilantik-atau-diberi-kuasa-yang-sah/
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan pembayaran, sila hubungi Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau layari ezakat.org.
Sekian, terima kasih.