BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, saya nak tanya bekenaan lafaz kinayah,

pada beberapa minggu lepas saya ada bergaduh dengan suami sebab sifat cemburu saya dan suami pada mulanya tidak melayan dan saya provok beliau dengan perkataan kau ceraikan aku jelah . Pada ketika itu dia betul marah dan tidak melayan saya, saya cakap cakap lagi cerai kan aku. 
dia dengan marah berkata kau nak sangat cerai,cerai lah. Saya nak tanya adakah jatuh lafaz tersebut dalam keadaan marah dan diprovok oleh saya ? Selepas kami berbaik saya tanya dia awak berniat ke nak lepaskan saya ? Dia kata takde niat dan mmg marah sebab saya sebut perkataan cerai, dia begitu yakin sekali lafaz tidak jatuh. Saya nak minta pandangan adakah lafaz itu jatuh ? 
terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, lafaz suami dalam keadaan marah “kau nak sangat cerai, cerailah” bukanlah termasuk dalam lafaz kinayah sebagaimana yang puan nyatakan. Sebaliknya, lafaz tersebut lebih kepada bentuk pemberitahuan atau perkhabaran dalam bentuk pernyataan, pertanyaan atau ungkapan yang menggambarkan keadaan emosi suami ketika itu dan bukan lafaz cerai yang jelas.

Sehubungan itu, lafaz tersebut tidak membawa kepada berlakunya talak. Sekiranya isteri benar-benar berhasrat untuk bercerai, maka isteri boleh mengemukakan permohonan secara rasmi melalui Mahkamah Syariah. Namun begitu, jika tiada sebarang tindakan susulan daripada kedua-dua pihak selepas lafaz tersebut, maka ia tidak menimbulkan sebarang implikasi dari sudut perceraian.

Walau bagaimanapun, sekiranya puan ingin mendapatkan kepastian yang lebih lanjut dan terperinci, adalah disarankan untuk merujuk kepada Unit Undang-Undang Keluarga Islam di mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah atau membuat pengesahan di Mahkamah Syariah yang berdekatan, kerana mereka merupakan pihak berautoriti dalam memberikan penjelasan berkaitan isu ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 32

message user image