Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya tentang lafaz suami ketika kami bergaduh dan saya mahu keluar rumah. Suami berkata "Kalau keluar saya cerai nak?".
Adakah ini dikira taklik? Saya merasakan itu taklik tapi suami kata die bertanya untuk mendengar jawapan saya.
Saya mengajak suami membuat pengesahan tetapi suami tidak mahu membuat pengesahan kerana dia yakin akan lafaz dan niat sebenar pada ketika itu. Makanya, saya menjadi sangat tertekan dan was-was.
Mohon penjelasan dan nasihat.
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan, lafaz suami iaitu “Kalau keluar saya cerai, nak?” ia tidak termasuk dalam taklik talak menurut pandangan fiqh Mazhab Syafi‘i. Lafaz tersebut lebih berbentuk pertanyaan atau pemberitahuan, bukan suatu penggantungan talak yang jelas.
Oleh itu, ia tidak dikira sebagai lafaz talak yang sah dan tidak menyebabkan berlakunya talak.
Sekian terima kasih