BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan Mufti ,

Saya ingin bertanya bab munakahat. Bolehkah seorang lelaki yang tidak sah taraf (anak luar nikah) menjadi wali kepada adiknya yang sah taraf, yang mana ibu dan bapa mereka adalah orang yang sama? Cuma lelaki ini dilahirkan sebelum ibu & bapanya bernikah, manakala adiknya pula dilahirkan setelah ibu & bapanya bernikah.

Mohon pencerahan pihak tuan Mufti.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan saudara, lelaki yang tidak sah taraf (anak luar nikah) tidak sah menjadi wali kepada adiknya yang sah taraf, walaupun mereka berkongsi ibu dan bapa yang sama secara biologi. Hal ini kerana anak tidak sah taraf tidak dinasabkan kepada bapa, sebaliknya hanya kepada ibu dan dari sudut hukum syarak, dia tidak mempunyai hubungan nasab yang diiktiraf dengan bapa serta keluarga sebelah bapa.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 36

message user image