BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum... Apa hukum Isteri yang sedang mengandung tidak sempat untuk ganti puasa di sebabkan tidak larat? Apakah cara/ langkah yang boleh di lakukan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, isteri yang mempunyai baki puasa yang belum diganti, wajib diganti sebelum tibanya bulan Ramadhan tidak lama lagi. Puasa boleh dilakukan sehari demi sehari sehingga selesai. Adapun, jika masih tidak larat untuk menggantikannya sehingga tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan pada tahun lepas. Puasa yang belum diganti tidak akan luput dengan membayar fidyah sebagaimana firman Allah SWT: Maksudnya ; (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah : 184) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 159

message user image