BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Dalam urusan jual beli tanah, struktur pembayaran yang dikenakan kepada pembeli ialah bayaran awal (deposit) sebanyak 50%. Bagi baki bayaran 50%, penjual membenarkan 2 kaedah untuk pembeli melangsaikan bayaran tersebut iaitu pertama, pembeli perlu membayar baki tersebut dalam tempoh 14 hari selepas bayaran awal 50%. Manakala kaedah kedua, penjual membenarkan pembeli membayar secara ansuran dan dikenakan caj sebanyak 8%. Pembeli boleh memilih antara kedua-dua kaedah tersebut. Sekiranya pembeli memilih kaedah kedua, pembeli diberitahu dan menyetujui harga pembayaran jika cara ansuran diambil. Soalan saya, adakah transaksi jual beli ini dikira riba atau diharuskan?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Berdasarkan struktur yang dinyatakan, tambahan 8% yang dikenakan bagi kaedah bayaran secara ansuran tidak dikira sebagai riba selagi mana harga jualan dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum akad dimeterai dan pembeli memilih salah satu kaedah pembayaran dengan jelas.

Tambahan tersebut dikira sebagai sebahagian daripada harga jualan secara ansuran (bai‘ al-taqsith) yang diharuskan oleh majoriti fuqaha, dan bukan tambahan kerana kelewatan pembayaran selepas hutang terbentuk.

Namun, sekiranya tambahan dikenakan akibat kegagalan melunaskan bayaran dalam tempoh yang dipersetujui, maka ia termasuk dalam kategori riba yang diharamkan.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.              


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 45

message user image