BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan,

Saya memulakan pekerjaan pertama saya selepas graduasi pada awal Februari tahun ini. Saya tinggal bersama keluarga di mana barangan dapur dan perbelajaan bulanan rumah ditanggung oleh ibu saya (ibu saya masih bekerja sepenuh masa) Dan dibantu oleh nenek saya (melalui pencen bulanan arwah datuk)

Saya ingin bertanya, pada bulan Ramadhan tahun ini, adakah saya perlu membayar zakat secara berasingan daripada ibu Dan nenek saya kerana saya sudah mempunyai pekerjaan? Atau adakah saya masih di bawah tanggugan ibu Dan nenek saya kerana barangan Dan perbelajaan bulanan ditanggung oleh mereka?

Terima kasih. Selamat menjalani ibadah puasa tuan/puan :)


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, zakat fitrah adalah wajib bagi mereka yang cukup syarat-syarat berikut :

1. Islam;

2. Hidup pada waktu terbenam matahari terakhir bulan Ramadhan; dan

3. Memiliki harta yang melebihi keperluan untuk makan bagi diri dan tanggungannya pada malam dan siang hari raya, serta keperluan pakaian dan tempat tinggal.

Justeru, seseorang anak yang sudah baligh dan sudah bekerja sudah dikira sebagai berkemampuan dan wajib membayar zakat fitrah menggunakan hartanya sendiri. Tidak sah seorang ibu membayarkan zakat Fitrah untuk anaknya yang telah baligh yang mampu bekerja tanpa pengetahuan anak tersebut (perlu minta izin anak) kerana zakat merupakan ibadah yang memerlukan kepada niat. 

Bacaan lanjut sila layari pautan berikut:
https://www.muftiselangor.gov.my/2024/04/04/hukum-bapa-bayarkan-zakat-fitrah-untuk-anak-yang-telah-baligh/

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 80

message user image