Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum,
Saya ingin memohon pandangan dan penjelasan berkenaan satu situasi yang berlaku dalam perbualan antara saya dan suami melalui aplikasi Whatsapp.
Konteks perbualan tersebut adalah mengenai pembayaran baju raya anak. Suami saya bertanya kepada saya berapakah jumlah duit yang perlu dibayar untuk baju raya anak. Selepas itu beliau bertanya pula mengenai baju untuk saya.
Namun ketika itu saya sedang melalukan perkara lain dan tidak sempat membalas mesej tersebut. Tidak lama selepas itu, suami saya menghantar mesej yang berbunyi :
"utk dia?"
Kemudian diikuti dengan ayat,
"Oh...bkn istri dah ea...ok2".
Ayat tersebut membuatkan saya berasa keliru dan risau kerana seolah-olah saya bukan lagi isterinya. Dalam ayat tersebut tiada perkataan atau lafaz yang jelas menyebut penceraian.
Sehubungan itu saya memohon penjelasan mengenai beberapa perkara berikut:
- adakah ayat mesej yang dihantar kepada saya tersebut dikira lafaz cerai menurut hukum syarak?
-jika ayat tersebut tergolong dalam ayat kinayah,adakah talak tetap jatuh walaupun suami tidak berniat untuk menceraikan ketika menghantar mesej tersebut?
-dalam keadaan ayat tersebut,ditulis kerana salah paham atau andaian suami bahawa saya tidak lagi berkaitan dengan perkara tersebut, adakah ia memberi kesan kepada status perkahwinan?
-apakah langkah yang sepatutnya kami lakukan untuk mendapatkan kepastian hukum bagi mengelakkan keraguan tentang status perkahwinan kami?
Segala perhatian dan penjelasan pihak Tuan/Puan amat saya hargai.
Terima kasih
Jawapan
Berdasarkan kenyataan dan keterangan puan, ucapan suami “Oh… bkn istri dah ea… ok2” adalah sebahagian daripada kesinambungan komunikasi antara puan dan suami berkaitan urusan baju raya puan dan anak-anak. Ungkapan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan isu perceraian atau talak.
Sehubungan itu, ia bukanlah lafaz talak, tidak menyebabkan berlakunya perceraian dan tidak menjejaskan status perkahwinan puan.
Sekian terima kasih