BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Saya adalah AJK sebuah NGOI. Ada di kalangan ahli2 NGOI ini memilih utk memberi zakat harta kepada NGOI utk diagihkan kepada mangsa banjir Acheh. Bolehkan kami sebagai NGOI mewakili pemberi zakat dan mengagihkan duit zakat ini kepada mangsa2 banjir Acheh yg hanya tinggal sehelai sepinggang. Sbg contoh NGOI menerima RM2000. Kesemua RM2000 kami agihkan samarata dlm bentuk keperluan makanan kepada 10 keluarga yg terlibat. Adakah sah pembayaran dan pengurusan zakat ini? Utk maklumat kami bukan amil zakat yg dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Mohon pencerahan. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 4 Oktober 2016: “Badan Bukan Kerajaan atau Non-Govermental Organization (NGO) atau individu yang dilantik oleh mana-mana pihak selain daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mengutip zakat di negeri Selangor dan mengagihkan keluar negeri Selangor tanpa izin ulil-amri adalah tidak sah dari segi hukum syarak dan bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada.”

Manakala menyerahkan sendiri zakat kepada asnaf yang layak adalah sah, namun berdosa sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada pihak ulil-amri. Ini berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 9 April 2007: “Dari segi syara’ mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada Asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.”. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 122

message user image