BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah boleh kita berqasidah di kubur? Terdapat isu seorang habib dan pengikutnya berqasidah di kubur.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, antara manfaat atau alasan yang diberikan oleh Rasulullah SAW berkaitan ziarah kubur adalah agar ziarah itu mengingatkan seseorang kepada kematian. Oleh itu, apa jua perkara yang dilakukan di tanah perkuburan mesti membawa manfaat kepada: i. Penziarah kubur manfaatnya agar mengingati mati. ii. Kepada ahli kubur – mendoakan atau menghadiahkan pahala bacaan ayat-ayat suci al-Quran kepada si mati. Jika tujuan di atas tidak tercapai, maka perbuatan tersebut perlulah ditinggalkan termasuklah berqasidah. Sebagai tambahan, sunat hukumnya menyampaikan salam ke atas mayat diperkuburan Islam sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah iaitu hadith yang diriwayatkan daripada Buraidah al-Aslami RA katanya: كان النبي ﷺ يعلمهم إذا خرجوا إلى المقابر أن يقول قائلهم السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله بكم لا حقون. وأنتم فرطنا ونحن لكم تبع ونسأل الله لنا ولكم العافية. Maksudnya : “Rasulullah s.a.w pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila mereka menziarahi tanah perkuburan supaya tiap tiap seorang di antara mereka (memberi salam dan berdoa dengan berkata: Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum mukminin dan muslimin; dan bahawa kami juga Insya Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya; semoga Allah memberi rahmat dan selamat sejahtera kepada kami dan kamu sekelian” (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 275

message user image