BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

1. Saya berasal dari selangor, dari umur sy balingh sehinggala umur sy 35 tahun sy menetap di selangor, sekarang umur sy 40 tahun sudah 5 tahun tinggal di pahang mengikut suami bekerja. Soalan sy, bolehkah sy membayar fidyah untuk tahun2 yg semasa sy menetap di selangor dulu bayar pada zakat selangor bukan pada negeri pahang?

2. Bolehkan sy membayar tanpa nilai gandaan, kerana terlalu byk

3. Sekarang ni banyak foundation atau NGO menggalakkan membayar fidyah utuk sumbangan pada yg tidak berkemampuan, bolehkan sy membayar fidyah di platform tersebut tanpa mengikut di mana sy tinggal?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, boleh membayar fidyah pada mana-mana negeri. Namun yang paling afdal adalah negeri tempat tinggal semasa. Namun sekiranya pada waktu itu tinggal di berlainan tempat atau negeri, maka afdalnya di mana ia berada ketika itu. Seterusnya konsep gandaan bagi penentuan bayaran fidyah, Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil.1/2001 pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa : 

Harus menggunakan 2 kaedah:

i. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun.

ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kafarah.

Oleh yang demikian bagi kaedah (i), apabila seseorang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya pada tahun semasa dan kemudian memasuki bulan Ramadhan yang berikutnya, maka adalah digalakkan untuk menggandakan bayaran fidyahnya.

Manakala untuk soalan ketiga (3), boleh membayar kepada mana-mana platform atau agen atau NGO yang berdaftar dengan pihak pemerintah, namun sebaiknya adalah dengan merujuk kepada agensi yang berkaitan. Sebagai contoh di negeri Selangor, boleh menghubungi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk berkaitan dengan pembayaran dan pengagihan fidyah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 59

message user image