BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Saya ada kemusykilan dengan soal haid.

Saya dah 4 hari haid, hari ke 5 dah kering tapi saya tunggu 1 hari lagi untuk confirm (sebab biasanya 5 hari paling minima saya akan period). Jadi hari ke 6 confirm dah kering, saya mandi wajib & solat macam biasa. Jadi, hari ke 7 saya lakukan persetubuhan. Tiba² hari ke 8 keluar balik darah tu.

Soalan saya :

1. Adakah hari ke 8 itu darah period?

2. Apa hukum persetubuhan hari ke 7 itu? Sebab hari ke 8 tiba² period balik.

3. Macam mana dengan solat dan puasa hari ke 6 & 7 tu adakah sah atau perlu ganti?

4. Sekiranya period berhenti waktu subuh/zohor, dan telah mandi wajib, adakah boleh berpuasa & solat pada hari tersebut atau perlu ganti?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umumnya, naqa’ (bersih daripada darah) yang dicelah-celah darah berada dalam tempoh 15 hari itu sebagai darah haid.

Perlu diingatkan bahawa perempuan yang melihat darah haidnya telah kering sebelum tempoh adat kebiasaan haidnya, wajib ke atasnya mengambil hukum perempuan suci terlebih dahulu tanpa perlu menunggu tempoh tertentu (seperti menunggu sehari semalam atau 24 jam). Justeru wajib ke atasnya mandi wajib, mengerjakan solat fardhu, mengerjakan puasa fardhu (jika ramadhan) dan boleh suaminya bersetubuh dengannya dan lain-lain. 

Merujuk kepada persoalan:

1. Ia darah haid kerana darah yang keluar semula masih dalam tempoh maksimum haid. 

2. Tidak berdosa kerana tanggapan awal darah haid telah berhenti dan berkemungkinan tidak datang semula darah (suci daripada haid). Jadi, persetubuhan yang berlaku dalam tempoh ini adalah tidak berdosa. 

3. Puasa hari ke 6 dan 7 adalah tidah sah dan perlu diganti semula. Adapun solat tidak perlu diqada’ semula. 

4. Jika darah berhenti pada waktu Subuh dan telah mandi wajib, maka dibolehkan bagi seseorang perempuan itu berpuasa pada hari tersebut. Namun, jika darah berhenti pada waktu Zohor (dipertengahan siang). Dia perlu segera mandi wajib untuk menunaikan solat Zohor dan tidak boleh berpuasa (perlu ganti puasa) namun disunatkan baginya untuk imsak (menahan diri) dari makan dan minum sehingga waktu berbuka puasa. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 196

message user image