BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, mufti

1) Saya ada soalan jika saya bernafas sehingga naik dada kerana bernafas apakah ia dikira pergerakan besar dan tidak tomakninah?

2) Jika sudah tomakninah lalu kembali bergerak apakah ia tidak dikira tomakninah 

3) Saya sudah belajar tentang solat dan wudhu sebelum baligh lalu setelah baligh rupanya wudhu dan solat saya salah kerana lupa dan tidak sengaja jadi apakah saya perlu qada kesemua solat saya yang salah?

Terima kasih, mufti 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Jawapan bagi persoalan yang diajukan adalah seperti berikut: 

1) Bernafas sehingga naik dada kerana bernafas tidak dikira pergerakan besar dan tidak mengganggu tomakninah. 

2) Tomakninah ialah berada tetap pada rukun tertentu seperti rukuk walaupun sebentar. Jika seseorang bergerak selepas dia melakukan tomakninah, maka dia sudah melakukan tomakninah seperti mana yang dituntut. Pergerakan yang dimaksudkan adalah pergerakan kecil yang tidak membatalkan solat.

3) Para ulama sepakat bahawa orang yang lupa atau tidak tahu tentang sesuatu hukum, lalu dia meninggalkannya dianggap tidak berdosa. Adapun perbuatan seperti rukun dan syarat solat yang tidak dilakukan seperti mana yang ditetapkan, maka solat tersebut tidak sah dan perlu diulang. Justeru, jika kesalahan tersebut berterusan selepas baligh, maka tuan perlu mengqada solat bermula dari tempoh tuan baligh. 

Disebutkan dalam al-Asybah wa An-Nazhoir karya Imam Suyuti (ms188):

أَنَّ النِّسْيَانَ وَالْجَهْلَ، مُسْقِطٌ لِلْإِثْمِ مُطْلَقًا، وَأَمَّا الْحُكْمُ: فَإِنْ وَقَعَا فِي تَرْكِ مَأْمُورٍ لَمْ يَسْقُطْ. بَلْ يَجِبُ تَدَارُكُهُ.

Maksudnya: Lupa dan jahil itu menggugurkan dosa secara mutlak. Adapun dari sudut hukum: jika kedua-duanya berlaku pada meninggalkan perkara yang diperintahkan, maka kewajipan itu tidak gugur, bahkan wajib ditunaikan (diganti).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 110

message user image