BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Saya mempunyai masalah period berpanjangan sejak setahun dan sejak Dua tiga bulan kebelakangan Ini darah tidak keluar mengalir mengenai kulit atau seluar, tetapi bila mahu mandi wajib Dan menggunakan kapas pengorek telinga ke dalam faraj untuk memastikan benar benar suci, namun masih ada darah di bahagian dalam

Soalan saya,

1. Adakah saya wajib solat dan berpuasa sekiranya darah period tu tidak mengalir keluar atau mengenai kulit/seluar dalam tempoh 15 hari ke bawah???

Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara umumnya, sebanyak-banyak tempoh haid adalah 15 hari 15 malam. Manakala untuk mengetahui tanda suci daripada haid adalah dengan memastikan perkara berikut:

1) Kering daripada darah iaitu apabila seseorang wanita memasukkan kapas ke dalam farajnya, warna kapas itu putih bersih setelah dikeluarkan tanpa ada kesan darah dan juga tanpa ada cecair putih. 

2) Keluarnya cecair berwarna putih.

Merujuk kepada persoalan, darah yang tidak kelihatan secara nyata di pad, namun masih ada di dalam faraj ketika memeriksa dengan jari atau kapas dikenali sebagai fatrah iaitu situasi darah tidak mengalir keluar, akan tetapi darah masih ada dalam faraj. Oleh itu, tempoh fatrah ini masih lagi dikira sebagai tempoh haid (dalam tempoh maksimum haid) menurut ulama mazhab Shafi’i. Jadi, puan tidak boleh mandi wajib serta dilarang solat dan berpuasa selagi masih dalam tempoh haid. Daripada Ummi ‘Alqamah:

وَكُنَّ نِسَاءٌ يَبْعَثْنَ إِلَى عَائِشَةَ بِالدُّرَجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ، فَتَقُولُ: لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ، تريد بذلك الطهر من الحيضة

Maksudnya: Dahulu para wanita menghantar kepada Aisyah bekas berisi kapas yang terdapat padanya kesan kekuningan. Maka beliau berkata: Janganlah kamu tergesa-gesa sehingga kamu melihat bersih (cecair putih). Beliau maksudkan dengan itu sebagai suci daripada haid. 

Hendaklah dipastikan terlebih dahulu kering darah atau bersih daripada haid barulah mandi wajib dan solat jika ia masih dalam tempoh maksimum haid. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 72

message user image