Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, perihal serangan Israel ke atas Iran baru-baru ini dan kematian pemimpin Iran Khomeini, bagaimanakah pendirian yang sepatutnya umat Islam pegang tanpa menafikan kejahatan Israel? Hal ini kerana di postingan media sosial, ramai yang memuji keberanian khomeini sedangkan kita ketahui negara Iran majoritinya syiah.
Jawapan
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 8:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Dalam hal ini, kebanyakkan kita menyokong apa yang dibuat Iran atas dasar geopolitik iaitu serangan balas atas apa yang Israel telah lakukan termasuk penjajahan di Palestin. Bukannya menyokong urusan akidah Syiah. Dalam hal ini, ada 3 perkara yang menjadi pertimbangan iaitu:
1. Menentang kezaliman
2. Tidak menyokong kesesatan aqidah
3. Berlaku adil dengan sumber
Oleh itu, menyokong Iran bukan bermaksud Pro-Syiah sama sekali kerana sokongan adalah tanda solidariti dan balasan kepada Israel yang sentiasa melakukan penindasan kepada umat Islam dan khususnya di Palestin.
Sekian, terima kasih