BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.... Saya nak Tanya ..4bulan lepas saya ada cakap dekat bini saya,Macam ni.. .." Kalau kau keluar jugak besok.. aku ceraikan kau talk 1"  tapi besokNya saya yang bawak isteri saya keluar... Mohon pecerahan. Dan apa yang perlu saya buat


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ucapan suami kepada isteri: "Kalau kau keluar jugak besok.. aku ceraikan kau talak 1" adalah perkhabaran, hasrat atau janji suami bahawa sekiranya isteri keluar esok, maka suami akan menceraikan isteri. Seandainya isteri tetap keluar esok dan suami ingin menunaikan hasrat atau janjinya, maka suami perlu melafazkan talak kepada isteri: "Aku ceraikan engkau talak satu". Namun sekiranya suami tidak ingin menunaikan janjinya untuk menceraikan isterinya, maka talak tidak berlaku.

Berbeza dengan ucapan suami: "Kalau engkau keluar jugak esok... tercerai engkau talak satu". Lafaz ini berbentuk insya'i (perbuatan) yang boleh membawa kepada taklik talak, sekiranya isteri keluar pada esok hari, maka talak akan jatuh dengan serta merta.

Untuk mendapatkan kepastian, sila rujuk ke Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 33

message user image