BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. apakah hukum pembedahan ortodentik atau lebih dikenali pembedahan rahang? ada 2 situasi yang berbeza: 1. pembedahan untuk mencantikkan diri 2. pembedahan untuk membetulkan rahang yang lari


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pembedahan yang melibatkan pengubahan anggota badan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembedahan yang diharuskan dan kedua, pembedahan yang diharamkan. Bagi kes pembedahan yang diharuskan adalah seperti :- a. Merawat keaiban seperti bibir sumbing, jari-jemari bercantum dan lain-lain. b. Membaik pulih kecacatan akibat kemalangan, kebakaran dan lain-lain. c. Rawatan atau pembedahan untuk mengembalikan fungsi anggota badan. Manakala selain daripada yang disebut di atas ataupun pembedahan yang dilakukan atas dasar nafsu dan kepuasan serta kecantikan semata-mata tanpa ada kecacatan yang mengagalkan fungsi sesuatu anggota maka pembedahan itu boleh membawa kepada haram dan ianya perlu dielakkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 104

message user image