BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN.

Saya ada satu pertanyaan berkenaan dengan lafaz talak.  Saya ada bergaduh dengan suami melalui aplikasi whatsapp menyebabkan suami begitu marah sangat. Suami ada menghantar mesej dengan perkataan "CERAI". Hanya perkataan cerai sahaja tanpa ada ayat lain sebelum dan selepas perkataan itu. 

PERBUALAN WHATSAPP : 

ISTERI : MMG TERUK YA ALLAH, HABIS SEMUA AKUARIUM DALAM RUMAH

SUAMI : CERAI

SUAMI : CERAI

ISTERI : TAK MATANG LANGSUNG

SUAMI : CERAI

ISTERI : OKEY

SUAMI : DAH HABIS

ISTERI : BAIK, BAGUS
 

Apabila saya bertanya kepada suami, dia tidak maksudkan perkataan "CERAI" itu untuk menceraikan saya. Ia sekadar untuk mengingatkan bahawa pergaduhan kami itu jika berlanjutan kesannya boleh membawa kepada cerai. Selepas suami menghantar mesej itu saya senyap. Dan suami mesej "dah habis" . Merujuk kepada tindakan diam saya itu adalah saya berjaya ditenangkan. 
 

Adakah jatuh talak? Suami dengan sangat yakin mengatakan dia tidak bermaksud menjatuhkan talak ke atas saya. 
 

Saya berharap sangat persoalan ini dapat diperhalusi oleh yang lebih arif sebagai bimbingan untuk saya. 
 

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan puan, perkataan "cerai" yang ditaip semasa pergaduhan dalam aplikasi Whatsapp boleh dikategorikan sebagai lafaz cerai secara kinayah. Maksudnya, jika suami berniat cerai semasa menaip ayat tersebut, maka boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isteri. Namun, jika suami tidak berniat cerai, maka talak tidak jatuh. Kenyataan ini boleh dirujuk berdasarkan kepada fatwa (tidak warta) seperti berikut:

https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/25/hukum-cerai-melalui-sms/

Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut, boleh berhubung dengan Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 47

message user image