BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, apakah hukumnya jika rambut ada kelemumur masa mandi wajib?. Saya dah gosok² kulit kepala, namun lepas mandi wajib saya tengok masih ada 2-3 titik kelemumur yang bukan jenis berkeping, tapi bila pegang rambut yg ada titik kelemumur tu, rasa basah. Adakah sah mandi wajib saya?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Mandi wajib dari sudut syarak  bermaksud mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu atau mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebagainya. Dalam melaksanakan mandi wajib ini, para ulama’ telah menetapkan bahawa rukun bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:

  1. Niat.
  2. Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
  3. Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan.

Merujuk persoalan yang diajukan, jika kelemumur tersebut tidak menghalang air untuk sampai ke kulit kepala, maka hukum mandi wajibnya adalah sah. Ini kerana air dapat mencapai kulit kepala meskipun terdapat kelemumur. Akan tetapi jika kelemumur itu menghalang air, maka ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum mandi wajib. Dalam hal ini, mandi wajib boleh menjadi tidak sah jika air tidak sampai ke kulit.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 152

message user image