BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Asslamualaikum Dato Mufti 

 

Soalan Saya kalau perempuan yang nakmpergi umrah ambil Ubat tahan haid selepas itu kelaur setitik dua darah adakha dia kira haid lagi bole buat umrah atau tunggu bole bagi perncerahan. Terima kasih Dato Mufti 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan, sekiranya darah yang keluar itu sedikit, tidak mencukupi had minimum haid iaitu 24 jam atau sehari semalam, sama ada keluar secara berterusan atau berselang seli, dalam tempoh 15 hari (iaitu tempoh maksimum haid), maka ia bukanlah darah haid.

Namun begitu, sekiranya darah yang keluar itu melebihi 24 jam, walaupun tidak berterusan dalam tempoh 15 haid maksimum haid, maka ia dianggap sebagai darah haid.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 45

message user image