BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan 1

Adakah terbatal wuduk jika bersentuhan antara abang (anak tak sah taraf) dengan adik beradik perempuan (mak dan ayah yang sama)? 

Soalan 2

Apakah denda yang patut dikenakan bagi pasangan suami isteri yang berjimak siang hari di bulan ramadan( isteri dah ingatkan bulan ramadan tetapi suami tetap teruskan) ? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, dalam hukum syarak, status mahram (individu yang haram dikahwini) adalah penentu sama ada sentuhan kulit membatalkan wuduk atau tidak. Berikut adalah penjelasan lanjut mengapa situasi anda dikategorikan sebagai mahram:

1) Hubungan Melalui Ibu (Mahram Nasab)

Anak tak sah taraf tetap mempunyai hubungan nasab yang sah dengan ibunya dan semua keturunan atau adik-beradik di sebelah ibunya. Oleh itu:

  • Abang tersebut adalah mahram kepada adik-beradik perempuannya kerana mereka berkongsi ibu kandung yang sama.

  • Sentuhan antara mahram (kerana hubungan darah melalui ibu) tidak membatalkan wuduk. 

2) Ulamak sepakat bahawa membatalkan puasa Ramadhan dengan melakukan persetubuhan adalah berdosa besar dan diwajibkan ke atasnya kafarrah. Bagi mazhab Syafi'i, kaffarah tersebut hanya diwajibkan ke atas suami sahaja, dan tidak ke atas isteri. Kafarrah yang diwajibkan adalah:

1. Memerdahekakan seorang hamba perempuan mukmin (sekarang tiada).

2. Berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.

3. Sekiranya tidak mampu untuk berpuasa selama 2 bulan berturut-turut, maka hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin.

Sekiranya perbuatan persetubuhan tersebut dilakukan selepas membatalkan puasa seperti minum air, atau tidak berpuasa pada hari tersebut, pada pandangan muktamad mazhab Syafi'i, tidak diwajibkan ke atasnya kafarrah. Namun perbuatan tersebut berdosa besar dan wajib ke atasnya untuk bertaubat serta mengqada' puasa yang ditinggalkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 41

message user image