Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Askm wbt
Saya sdg bermufasir dan perjalanan yg menyebabkan sy sampai lewat ke destinasi, sy sempat membuat solat jamak qasar takhir asar, tetapi slps shj solat jamak qasar rakhir asar, berkumandang azan maghrib. Sah atau tidak solat jamak qasar zohor yg sy laksanakan dlm waktu maghrib tersebut? Adakah sy perlu solat qada utk zohor dan asar tersebut? Wassalam
Jawapan
Merujuk soalan yang diajukan, solat zohor yang belum sempat disempurnakan itu tidak sah sebagai jamak takhir dan perlu diqadha semula. Menurut mazhab Syafi’i, daripada qaul yang azhar ialah solat yang ditinggalkan sewaktu qasar harus untuk diqadha secara qasar jika dia masih dalam keadaan musafir, dan diqadha secara penuh jika dalam keadaan bermuqim. Disebutkan di dalam kitab Raudhah al-Thalibin oleh Imam Nawawi:
“Jika solat itu tertinggal ketika musafir, lalu diqadhakan sama ada ketika musafir atau bermukim, maka terdapat empat pendapat. Pendapat yang paling azhar ialah: jika diqadhakan ketika musafir, maka boleh diqasarkan; jika tidak, maka tidak boleh.”
Sekian, terima kasih.