Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam. Saya confius, saya ada baca di web mufti yang mengatakan saya boleh bersalaman dengan adik beradik nenek saya. Tetapi apabila saya mentelaah dan tanya chatgpt, mereka kata tidak boleh salam kerana mereka bukan mahram saya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, adik-beradik kepada nenek atau datuk (iaitu datuk saudara dan nenek saudara) termasuk dalam kategori mahram kerana hubungan keturunan. Oleh itu, mereka haram dinikahi dan dibenarkan untuk bersalaman serta tidak wajib menutup aurat seperti dengan orang bukan mahram. Kesimpulannya, bersalaman dengan mereka adalah harus dalam Islam.
Sekian, terima kasih