BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Ustazah, saya ada beberapa soalan

1. Adakah wanita yang sudah berkahwin, ketika mandi wajib (sama ada sebab haid atau junub), adakah dia wajib buka lubang kemaluan untuk masukkan air kedalam lubang kemaluan? Macam mana nak tahu berapa dalam perlu masukkan air? Atau cukup sekadar lubang yang zahir/automatik terbuka ketika bercangkung?

2. Saya ada waswas, saya dah kahwin lebih setahun, ketika akad tahun lepas, saya rasa suami saya tersasul sedikit ketika menyebut mas kahwin. Dia sebut utas rantas emas tunai, sepatutnya dia sebut rantai emas bukan rantas emas. Tapi semuaorang dah sebut sah, dan saya pun biarkannya sahaja sebab takut saya salah dengar. Adakah betul dikira sah kerana maskudnya dia fahami semua? Jika sebenarnya tidak sah akad itu, adakah saya perlu buat apa apa?

3. keputihan saya sentiasa berwarna krim kekuningan sikit. Biasanya ketika hujung haid, kan warna kuning dikira period, tapi saya guna adat. Jika bau kuning tu hanyir seperti darah, saya assume ia period, tapi kalau dia tak hanyir saya assume tu keputihan dan mandi wajib.

manakala permulaan period pula, selepas minimum tempoh suci 15 hari, saya hanya kira haid hari 1 bila darah merah koko yang keluar. Kuningan tu saya assume keputihan. 
 

adakah betul cara saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan:

1) Ketika mandi wajib, hanya perlu membasuh had luar faraj sahaja, iaitu bahagian yang kelihatan semasa bercangkung, termasuk bibir faraj.

2) Tidak perlu buat apa-apa kerana akad nikah tersebut adalah sah kerana memenuhi rukun nikah. Adapun tersasul sedikit pada menyebut barang mas kahwin tidak mengubah status akad tersebut kerana ia telah difahami perkara tersebut. 

3) Pada asasnya, lendir atau keputihan berwarna kekuningan dianggap sebagai haid sekiranya ia datang dalam tempoh kemungkinan haid, iaitu 15 hari selepas minimum tempoh suci atau dalam tempoh 15 hari maksimum tempoh haid.

Namun sekiranya seseorang itu dapat membezakan warna kekuningan yang keluar itu haid atau keputihan yang biasa dialami, sebagai mana yang puan lakukan, maka puan lebih mengetahui hal keadaan puan. Maka, apa yang puan lakukan itu adalah benar.

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 73

message user image