Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam ustaz
Saya dr kuantan hendak ke kl bermastautin selama 6 hari penuh tidak termasuk perjalanan pergi dan balik. Jadi saya sudah hilang status bermusafir.
Soalan saya
Sewaktu perjalanan pergi dan balik adakah saya boleh jamak qasar di tempat kediaman seperti hotel atau kena keluar dr kawasan mukim?
Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, puan dibenarkan mengambil rukhsah menjamakkan dan mengqasarkan solat fardu sepanjang dalam perjalanan pergi dan balik, selagi puan tidak sampai di kawasan yang puan ingin bermukim. Adapun sekiranya telah tiba di kawasan mukim puan berada selama 6 hari di Kuala Lumpur maka puan tidak lagi dibenarkan mengambil rukhsah jamak dan qasar solat.
Sekian, terima kasih.