BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Ketika bermusafir, saya menunaikan solat jumaat dengan tidak jamak kerana terlupa

Apabila waktu asar, saya qasarkan asar tanpa jamak

Pada hari yang sama, saya menunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak dan juga qasar (pada waktu maghrib)

Ada yang berpendapat bahawa tidak dibenarkan solat jamak tetapi dibenarkan qasar sahaja kerana tidak jamak solat jumaat dengan solat asar

Adakah tindakan saya dibenarkan? Ataupun pendapat itu benar? Jika saya salah, apakah perlu saya lakukan? Adakah saya perlu ganti solat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Secara umum solat jamak dan qasar adalah kemudahan (rukhsah) yang diberikan kepada musafir untuk keringanan yang disyariatkan dalam Islam.

Qasar: Memendekkan solat fardu empat rakaat (Zuhur, Asar, Isyak) menjadi dua rakaat. Solat Subuh dan Maghrib tidak boleh diqasarkan manakala. Jamak pula adalah menggabungkan dua solat fardu dalam satu waktu. Terdapat dua jenis jamak iaitu :

  • Jamak Taqdim: Menggabungkan solat Zuhur dengan Asar pada waktu Zuhur, atau Maghrib dengan Isyak pada waktu Maghrib.
  • Jamak Ta'khir: Menggabungkan solat Zuhur dengan Asar pada waktu Asar, atau Maghrib dengan Isyak pada waktu Isyak

Solat Jumaat tidak boleh diqasarkan kerana ia adalah solat dua rakaat. Bagi musafir, jika dia menunaikan solat Jumaat, dia tidak perlu lagi menunaikan solat Zuhur. Namun, jika dia tidak menunaikan solat Jumaat (kerana tiada masjid, tidak sempat, atau tidak memenuhi syarat Jumaat), dia wajib menunaikan solat Zuhur secara qasar atau tamam (penuh) bergantung kepada keadaannya.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berkenaan dengan isu solat jamak antara Jumaat dengan Asar, para ulama telah khilaf kepada dua pendapat. Namun begitu, pandangan yang kuat adalah harus. Inilah pendapat ulama Syafie dan ditashihkan oleh Imam al-Suyuti dan dii’timadkan oleh al-Zarkasyi. Begitu juga telah diberi fatwa dengannya oleh Syeikh al-Ramli. Dalil mereka berdasarkan kepada qiyas solat Jumaat dengan Zohor.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 122

message user image