Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz/ustazah, saya ada dua persoalan:
1) Jika seseorang berwuduk, kemudiannya lepas selesai solat, dia syak sama ada air wuduk dah basuh/kena juga dekat kulit mati yang terkopek di tapak kaki atau tidak, adakah wuduk dan solatnya dikira sah atau batal?
2) Jika lepas mandi wajib, saya niatkan yg saya dah selesai mandi wajib, tapi tak lama lepas tu, saya timbul syak adakah hidung saya kena air atau tidak masa mandi wajib tadi. Adakah mandi wajib saya dikira batal? Kerana saya dah solat beberapa hari kemudian.
3) Saya tahu yang tidak boleh letakkan apa² atas al-Quran kecuali al-Quran itu sendiri. Bagaimana pula dengan buku-buku agama yang ada nama Allah dan ayat al-Quran? Adakah tidak boleh ditindih juga?
Jawapan
Merujuk persoalan yang diajukan,
1) Jika seseorang telah berwuduk dan selesai menunaikan solat, kemudian timbul keraguan sama ada air wuduk terkena atau tidak pada kulit mati yang terkopek di tapak kaki, maka wuduk dan solatnya tetap dikira sah. Hal ini kerana dalam kaedah fiqh disebut bahawa:
Maksudnya: keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan sebab keraguan
Dalam keadaan ini, seseorang pada asalnya yakin bahawa wuduk telah dilakukan dengan sempurna, manakala keraguan itu hanya timbul selepas ibadah selesai. Oleh itu, keraguan tersebut tidak memberi kesan kepada kesahan wuduk dan solat, dan tidak perlu mengulanginya.
2) Jika semasa mandi wajib puan telah berniat dan yakin bahawa mandi wajib telah selesai dilakukan, kemudian timbul keraguan sama ada air telah masuk atau terkena pada bahagian hidung atau tidak, maka mandi wajib tersebut tetap dikira sah dan tak perlu mengulanginya.
3) Tidak menjadi kesalahan meletakkan sesuatu di atas buku yang mengandungi ayat-ayat al-Quran di dalamnya selama tidak bertujuan atau menjadikan kehinaan kepada buku tersebut. Namun sebaiknya dielakkan.
Sekian, terima kasih.