BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, semasa berehat selepas solat, saya nampak ada kotoran/daki di celah kuku jari saya. Sebelum tu saya ada korek hidung dan juga betulkan stokin saya. Tapi saya tak perasan adakah kotoran tu dah ada masa wuduk atau tidak. Adakah saya perlu ulang semula wuduk dan solat saya?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan, kotoran atau daki di celah kuku jari pada kebiasaannya sedikit dan ia dimaafkan. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui perkara itu selepas selesai daripada mendirikan solat, maka ia tidak menjejaskan solat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 36

message user image