BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah.. saya Intan dari klang.. ingin bertanya soalan berkenaan puasa da haid.

Untuk makluman ustaz/ustazah,

-saya telah datang period  pada 9/2(tengahari sebelum zohor) 
-sudah yakin suci dan mandi wajib pada-18/2(sebelum asar)
-sudah start berpuasa dan solat dari 1ramadan sehingga hari ni 6ramadan..
-pada tengahari tadi ,semasa hendak solat zohor..(24/2 -6ramadan) darah saya telah datang semula tepat hari ke15

Soalan nya:-

1-Perlukah saya ganti puasa untuk 1ramadan hingga 6ramadan ni ye ustazah?

2-Macam mana puasa dan solat terawih sy seblum ni..adakah dikira pada (1ramadan-5ramadan)?

3-Perlukah saya ulang semula bacaan tadarus Al-Quran yang saya sudah mula baca pada 1ramadan? (dengan niat nak khatam Al-Quran bulan Ramadan)

Itu sahaja soalan dari saya. harap pihak ustaz/ustazah dapat berikan jawapan yang saya musykil ketika ini.

Saya sudahi dengan ucapan wassalam dan terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Perlu difahami bahawa secara asasnya, tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15 malam. Manakala tempoh minimum suci antara dua haid ialah 15 hari suci. Merujuk kepada soalan yang diajukan, darah yang keluar pada 9hb/2 hingga 18hb/2 (9 hari) adalah darah haid. Apabila tempoh tiada darah/ bersih (6 hari) diapit oleh 2 darah (9hb-18hb/2) dan (24hb/2), maka puan masih berada dalam tempoh maksimum haid iaitu 15 hari (dengan beranggapan bahawa tiada lagi darah keluar selepas hari yang ke 15, kerana tiada maklumat). Oleh itu:

1. Puasa, solat fardu dan solat sunat tarawih yang dilakukan pada 1 hingga 5 Ramadhan adalah tidak sah. Namun tetap mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah SWT. Puasa Ramadhan yang tidak sah itu perlu diganti tanpa perlu mengqada' solat fardu.

2. Puasa dan solat sunat tarawih pada 1 hingga 5 Ramadhan adalah tidak sah.

3. Tidak perlu mengulang kembali bacaan tadarus dari 1 Ramadhan. Bacaan yang dilakukan mendapat pahala kerana melakukannya dalam keadaan belum mengetahui ia dalam tempoh haid. Tambahan pula bertadarus al-Quran hukumnya sunat.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 33

message user image