BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt. 

Saya ada curi curi tengok handphone suami. Suami saya marah dan cakap "kalau kau tengok handphone aku lagi, aku undur diri dari keluarga ni". 

Adakah ianya dikira taklik?

Jika ya dan sekiranya saya tengok handphone dia lagi atas urusan lain seperti membayar bil online atau menggunakan aplikasi perbankan dengan izin suami, adakah jatuh talak?

Sekiranya jatuh talak dan rujuk kembali, adakah saya masih tidak boleh tengok handphone suami sampai bila bila?

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan :

Ucapan suami, “Kalau kau tengok handphone aku lagi, aku undur diri dari keluarga ni”, tidak membawa kepada berlaku taklik talak. Ia adalah satu amaran atau pemberitahuan daripada pihak suami bahawa sekiranya isteri melihat handphonenya lagi, maka suami akan berundur dari keluarga ini, atau menceraikan isterinya (jika suami berniat sedemikian). Jika isteri kemudiannya melihat handphone suami dan suami benar-benar ingin mengundur diri atau menceraikan isteri, maka suami perlu mengucapkan lafaz talak. 

Walau bagaimanapun sekiranya puan inginkan penjelasan yang lebih lanjut, puan boleh merujuk ke mana-mana Jabatan Agama Islam atau Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran kerana mereka adalah institusi yang berbidangkuasa dan berautoriti dalam menjelaskan persoalan talak serta khidmat nasihat kekeluargaan Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 33

message user image