Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya hendak menanyakan 1 soalan. jikalau semasa berkahwin sehingga 8tahun contohnya, isteri yang menanggung segala-galanya disebabkan suami tidak ada kerja/gaji tidak mencukupi. Selepas 8tahun, suami ambil alih semula semuanya. soalan saya, adakah selama 8tahun itu suami kena bayar balik dekat isteri segala-galanya yang isteri belanjakan..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, semasa ijab kabul, isteri pun telah tahu suaminya tidak bekerja, walaupun dia ada asas untuk menuntut nafkahnya, tetapi ia akan memberi kesan kepada rumahtangga. Syabas, jika seorang isteri sudah bersabar selama 8 tahun, sepatutnya suami bersyukur kerana isteri sudah ambil alih tugas itu. Apa yang isteri tanggung tidaklah sia-sia, isteri akan beroleh balasannya di akhirat. Malah di dunia suami telah dapat mengekalkan jodoh yang lebih bernilai daripada wang ringgit yang telah dibelanjakan. Afdhal jika suami bayar semula semua kos. Tetapi, jika isteri halalkan, maka ia dikira sebagai sedekah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.