BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.saya ingin bertanya berkenaan zihar.pada satu malam,anak perempuan saya berumur dalam 4 tahun dan isteri saya telah tidur atas katil yang sama.kebetulan posisi mereka berdua tidur adalah sama secara mengiring serta menyebabkan kain mereka berdua terselak menampakkan punggung yang dtutupi dengan seluar dalam masing-masing.tanpa sengaja saya terus bergurau 'eh sama la'.itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut saya tanpa ada niat zihar.apakah hukumya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan:

Dalam mazhab Syafi‘i, zihar hanya berlaku apabila suami menyerupakan isterinya dengan wanita yang haram dikahwini (mahram) melalui lafaz yang jelas, atau lafaz yang membawa maksud sedemikian, seperti ucapan: “Engkau bagiku seperti belakang ibuku.”

Antara syarat berlakunya zihar ialah:

  • Wujud unsur tashbih (penyerupaan) antara isteri dengan wanita mahram.
  • Lafaz yang digunakan jelas menunjukkan makna zihar atau diniatkan ke arah tersebut.
  • Ia bukan sekadar gurauan umum atau ucapan biasa yang tidak dimaksudkan sebagai zihar.

Merujuk kepada situasi tuan, ucapan “eh sama la” hanyalah lafaz spontan atau gurauan semata-mata. Ia tidak mengandungi unsur penyerupaan dengan mana-mana wanita mahram, serta tidak disertai niat untuk melakukan zihar.

Oleh itu, lafaz tersebut tidak termasuk dalam kategori zihar dan tidak membawa implikasi hukum zihar. Walau bagaimanapun, adalah dianjurkan untuk berhati-hati dalam percakapan, khususnya dalam perkara yang menyentuh anggota tubuh dan ahli keluarga, bagi mengelakkan kekeliruan, syubhah serta salah faham.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 31

message user image