Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Macam mana nak jadi bestfriend Al-Quran?
Jawapan
Hendak menjadi bestfriend atau istiqamah berdampingan dengan al-Quran adalah dengan sentiasa membacanya serta mempelajari makna dan tafsirannya daripada para ilmuan yang muktabar dan bertauliah Tauliah Al-Quran dari Majlis Agama Islam Selangor jika belajar al-quran di negeri Selangor contohnya di Akademi Al-Quran Masjid Negeri Selangor Shah Alam.
Sekian, terima kasih.