Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Saya memerlukan pandangan dan nasihat berkenaan tindakan yang perlu diambil sama ada mempertahankan atau membubarkan perkahwinan.
Saya telah berkahwin dengan suami atas dasar pilihan keluarga. Kami mempunyai seorang anak perempuan berusia 5 tahun. Suami berumur awal 40an dan saya pula lewat 30an. Alhamdulillah suami saya baik, beriman dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Saya isteri yang bekerja.
Dalam banyak kebaikan suami, saya sebenarnya kecewa dengan satu perkara. Iaitu beliau kurang bernafsu dengan isteri. Fakta ini agak pedih, namun itulah yang perlu saya hadap dari tahun pertama perkahwinan hingga sekarang yang hampir capai ulangtahun ke 10.
Sedangkan ramai kaum suami di luar sana mengeluh perihal isteri menolak ajakan untuk hubungan intim, saya pulak sebaliknya. Saya tahu secara natural melalui pembacaan, suami sentiasa mencari peluang untuk bersama isteri dan bermesra. Namun saya sedih kerana terpaksa memendam keinginan demi kerana menjaga hati beliau. Beliau lebih gemar menonton siri di TV dan smartphone sentiasa disisi 24/7 untuk doom scrolling.
Saya pernah menyuarakan isu ni sejak tahun kedua berkahwin, dan saya baru sahaja sekali lagi membicarakan isu ini baru2 ini..saya masih bersabar hinggalah kini. Boleh dikatakan saya boleh kira dengan jari berapa kali kami berhubungan intim dalam 10 tahun perkahwinan.
Sekarang, walaupun beliau masih baik dan bertanggungjawab tapi saya rasa kosong dan tawar hati sehingga terfikir untuk membuat tuntutan fasakh. Kami hidup seolah seperti roommate tinggal sebumbung sebilik yang menjalankan peranan masing2. Saya keliru sama ada perlu pertahankan perkahwinan ini atas dasar menjaga hati suami, demi anak dan demi perintah Allah untuk taat suami atau saya perlu memikirkan kebahagiaan diri sendiri. Tidak dinafikan, 'jurang' ini membuatkan saya rasa rendah diri dan memikirkan kekurangan diri. Mohon nasihat. Terima kasih.
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan,
Dalam perkahwinan, hubungan intim (nafkah batin) merupakan hak bersama suami dan isteri. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 187:
Maksudnya: Isteri-isteri kamu adalah pakaian bagi kamu dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka.
Menurut tafsir al-Tabari, ayat ini menggambarkan hubungan yang sangat rapat antara suami dan isteri, termasuk hubungan jasmani (persetubuhan) yang menjadi sebahagian daripada keperluan fitrah dalam perkahwinan.
Dalam perbahasan fiqh, dinyatakan bahawa:
Merujuk kepada situasi puan, isu ini bukan perkara remeh kerana telah berlarutan hampir 10 tahun, dan puan juga telah berkali-kali menyuarakan masalah ini kepada suami. Keadaan ini menunjukkan bahawa hak isteri telah terabai. Oleh itu, puan boleh mempertimbangkan beberapa pendekatan berikut:
Namun, sekiranya keadaan ini berterusan tanpa perubahan, suami tidak menunjukkan kesungguhan, dan puan terus mengalami tekanan emosi serta kekosongan, maka Islam memberikan ruang untuk puan keluar daripada kemudaratan tersebut melalui saluran yang dibenarkan seperti fasakh. Ini kerana wujudnya unsur dharar yang berterusan dalam rumahtangga, antaranya:
Akhirnya, keputusan terbaik ialah yang mampu menjaga agama, emosi dan maruah diri puan, bukan sekadar bertahan, tetapi memastikan kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna.
Sekian terima kasih