BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Saya seorang yang agak pemarah,cuma selalu suka pendam. Biasanya saya akan lepaskan kemarahan seorang diri,maksudnya membebel seorang diri.

Saya berkahwin 2021,dan mempunyai seorang anak lelaki. Hubungan saya dengan isteri baik,tiada sebarang masalah,kalau ada usik mengusik merajuk yang biasanya paling lama semalaman sehari dua.

Cuma pada Ramadhan lepas,ada sesuatu yang membuatkan saya musykil. Saya sudah hampir lupa kejadian itu,tetapi tiba2 teringat kembali beberapa hari lepas,yang sangat menggangu fokus dan tumpuan saya,emosi saya juga tubuh badan saya.

Pada petang Ramadhan itu,isteri ada whassap memberi tahu tak sempat masak dan saya terus ke bazaar.Kebanyakan kedai sudah kehabisan makanan kecuali satu kedai,masih mempunyai beberapa jenis lauk,tapi sudah tidak banyak.Orang yang datang ke kedai itu semakin ramai. Saya call isteri saya untuk bertanya tentang apa lauk yang dia nak,tetapi banyak kali saya call,dia tidak angkat sedangkan baru saja kami berwhassap.

Saya sangat marah,sebab macam risau lauk akan habis sebab orang makin ramai,dan dia masih tidak menjawab call saya. Saya dengan isteri selalu whassap dan jika call itu bermakna ada hal yang sangat penting.

Saya membebel seorang diri dalam keadaan marah kerana isteri masih tidak angkat call. Dan dalam bebelan saya tu,terselit ayat "cerai-cerai lah camni" dalam bahasa kelantan(sebab saya org Kelantan,bahasa perbualan saya dengan isteri bahasa melayu standard+loghat negeri sembilan). Saya macam tersedar sebab terkejut bila ada orang lalu dibelakang saya,dan saya terus istighfar,macam "apa yang aku cakap ni?"

Soalan saya,adakah ayat saya itu jatuh kepada sah?Saya seorang diri dan yakin hanya saya yang mendengar ayat itu, suasana ketika itu suasana bazaar yang agak bising dan suara saya macam tenggelam dengar tak dengar. Dari segi niat saya agak keliru,sebab kata kata itu ditujukan kepada isteri kerana marah dia seolah mengabaikan panggilan saya.

Harap boleh bantu saya,saya tidak tahu nak rujuk siapa dalam hal ini. 

Minta maaf terlalu panjang dan terima kasih

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan saudara, ayat yang dilafaz secara sendirian iaitu: "cerai-cerai lah camni" memberi maksud keinginan atau cadangan ingin bercerai. Lafaz itu tidak bermaksud menceraikan isteri. 

Untuk mendapatkan kepastian lebih lanjut, boleh rujuk ke Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah yang terdekat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 40

message user image