BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam. Saya nak tanya, haritu saya ada tengok video mengenai bayaran fidyah. Video tu kata, kadang kita tak sedar bayaran fidyah kita tidak sah. Salah satu sebab fidyah kita tak sah, apabila kita membayar fidyah sebelum masuk bulan Ramadan. Saya telah membayar fidyah sebelum masuk bulan Ramadan pada tahun ini kerana ketika itu saya sudah yakin saya tidak dapat menggantikan puasa yang berbaki beberapa hari sebelum masuk Ramadan kerana keadaan saya yang mengandung, dan alahan saya yang sangat teruk membuatkan saya tidak mampu untuk berpuasa. Jadi, adakah bayaran fidyah saya tidak sah kerana saya bayar sebelum masuk Ramadan walaupun saya sudah pasti tidak dapat menggantikan puasa tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persolan yang diajukan, fidyah yang dibayar sebelum masuk bulan Ramadhan pada tahun ini kerana sudah yakin tidak dapat menggantikan puasa yang berbaki beberapa hari sebelum masuk Ramadhan adalah sah. Disebutkan dalam Mughni al-Muhtaj (2/176):

وَتَعْجِيلُ فِدْيَةِ التَّأْخِيرِ قَبْلَ دُخُولِ رَمَضَانَ الثَّانِي لِيُؤَخِّرَ الْقَضَاءَ مَعَ الْإِمْكَانِ جَائِزٌ فِي الْأَصَحِّ كَتَعْجِيلِ الْكَفَّارَةِ قَبْلَ الْحِنْثِ الْمُحَرَّمِ

Maksudnya:  Menyegerakan bayaran fidyah kerana kelewatan sebelum masuk Ramadan yang kedua — bagi orang yang menangguhkan qada puasa sedangkan dia mampu — adalah harus menurut pendapat yang paling sahih, sebagaimana harus menyegerakan kafarah sebelum berlakunya pelanggaran (sumpah) yang diharamkan.

Adapun larangan membayar beberapa hari awal fidyah puasa adalah bagi wanita yang hamil atau mengandung yang yakin bahawa dia tidak akan berpuasa pada bulan Ramadhan tahun tersebut. Justeru, bayaran fidyah tersebut adalah sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 19

message user image