Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam, bolehkah perempuan menghafal al quran semasa haid? tanpa menyentuh al quran.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, perempuan yang sedang haid adalah dilarang menyentuh al-Quran. Adapun, hafizah yang mengulang bacaan hafazannya adalah diharuskan. Namun untuk menghafal ayat yang baru serta memegang ayat al-Quran adalah dilarang.
Sekian, terima kasih.