BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan. Sebelum ini, Urusan Gaji di pejabat saya ada membuat kesilapan & saya serta 11 rakan lain telah menerima lebihan gaji sebanyak RM1000 selama 48 bulan. Ada juga antara kami yang mendapat lebihan itu lebih daripada 48 bulan. Saya ada mendengar ura-ura yang mereka akan melakukan potongan semula tetapi setelah 17 tahun berlalu, tiada lansung potongan dilakukan kerana kemungkinan mereka sedar yang itu kesilapan mereka & tidak mahu menghebahkannya. Saya telah pakai duit tersebut diantara 2008 - 2012 & kerana tiada keberkatan, kereta saya selalu rosak, hati saya selalu tidak tenang & sekarang ini terbeban dengan hutang pula. Saya sudah lama bertaubat & berniat ingin memulangkan duit itu tetapi tiada kemampuan. Saya takut untuk rujuk kepada bahagian Urusan Gaji tersebut kerana takut-takut sahabat saya yang lain juga akan terkesan & terbeban untuk membayar semula. Kini, saya akan bersara tidak lama lagi dan saya masih lagi tiada kemampuan untuk membayar semula wang tersebut. Soalan saya:

1. Adakah saya wajib memulangkan semula duit itu ke bahagian Urusan Gaji tersebut? Atau bolehkah saya mensedekahkan kepada fakir miskin melalui MAIS wang tersebut atau ada cara sedekah lain lagikah selain itu?

2. Kerana saya tidak berkemampuan masa ini, saya berniat untuk sedekah seperti soalan saya di para 1 secara sedikit - sedikit. Tapi saya takut saya akan mati sebelum dapat menyelesaikannya & tidak sanggup untuk saya menanggungnya di akhirat kelak. Jika saya memohon untuk keluarga saya melunaskan sebelum saya mati, saya taku akan membebankan mereka pula. Bagaimanakah caranya, mohon bantuan pencerahan?

Saya dahulukan ucapan terima kasih untuk pencerahan nanti. Saya betul - betul takut & risau akan perkara ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, puan perlulah mendapatkan pengesahan secara bertulis mengenai jumlah bayaran lebihan gaji puan di pihak urusan gaji di syarikat puan terlebih dahulu. Kemudian, sekiranya puan telah mendapatkan jumlahnya, puan bolehlah berbincang dengan syarikat dan merancang kaedah pembayaran mengikut kemampuan. Namun, sekiranya tidak mampu, maka puan bolehlah membuat wasiat hutang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 12

message user image