Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum mufti, kami sekumpulan kawan ni berniat nk buat sumbangan dan aktiviti untuk rumah anak yatim.. Jadi kami buat group untuk buat sumbangan tu.. Kami dah buat poster letak nama rumah anak yatim tersebut dengan QR code untuk org lain sumbang..kami pilih rumah anak yatim " A " .. Tapi tiba ii pengurus rumah anak yatim A kata slot untuk Ramadan ni semua dah penuh dan mereka nak terima sumbangan tersebut dalam bentuk wang .disebabkan kawan saya tk nk bagi dalam bentuk duit sbb dia nak bagi dalam bentuk barang keperluan Jadi kawan saya pergi cari rumah anak yatim lain.. Persoalan saya.. Bukan ke duit tersebut dah jadi hak milik rumah anak yatim A sbb orang lain yang memberi sumbangan tu dah niatkan untuk beri duit tersebut kepada rumah anak yatim A. Macam mana tu ustaz.. Mohon ustaz balas secepat mungkin kerana kami semua buntu
Jawapan
Riwayat Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati. (Riwayat Ab Daud)
Harus diingat, wang derma atau sumbangan yang diperolehi oleh orang ramai bukanlah hak penganjur, ia adalah amanah penyumbang yang perlu ditunaikan mengikut apa yang telah diiklankan. Penganjur juga tiada hak untuk mengubah sumbangan yang telah dikhususkan tujuan dan penerimanya.
Sekiranya perlu perubahan yang telah dikhususkan, maka ia perlu dimaklumkan kepada penyumbang dan mendapatkan keizinan.
Sekian, terima kasih