Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
sy nk bertanya, sekiranya suami bergaduh dgn isterinya. Kemudian, disebabkan marah, suami berkata, sekiranya tengok hp sy lagi, kita cerai.
Apakah hukum sekiranya isteri tgk hp suami. Adakah jatuh cerai? Mohon penjelasan ustaz
Terima kasih
Jawapan
Talak yang diikat atau ditaklik dengan sesuatu sebab secara umumnya jatuh jika sebab itu berlaku. Justeru, jika isteri melihat telefon suaminya dalam situasi ini, maka jatuh talak.
Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak atau taklik talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah yang terdekat.
Sekian, terima kasih.