Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, dalam menentukan hukum, kaedah fiqh menetapkan bahawa sesuatu perkara dihukumkan berdasarkan keyakinan bukan semata-mata keraguan.
Sekiranya hingus tersebut masih berada dalam kawasan rongga hidung (bahagian dalam yang belum terkeluar), kemudian disedut ke dalam, maka puasa tidak batal. Namun, jika hingus itu telah keluar dari rongga hidung (yakni sampai ke bahagian luar yang zahir), kemudian dengan sengaja disedut semula ke dalam, maka perbuatan tersebut boleh membatalkan puasa.
Dalam situasi yang dikemukakan, tuan tidak pasti sama ada hingus tersebut telah keluar sepenuhnya atau masih berada dalam rongga hidung. Oleh itu, keadaan ini termasuk dalam perkara yang meragukan. Maka, hukum yang dipegang ialah kembali kepada asal iaitu puasa dianggap sah dan tidak batal.
Walau bagaimanapun, disarankan agar lebih berhati-hati pada masa akan datang dan mengelakkan daripada menyedut semula hingus yang berkemungkinan telah keluar dari rongga hidung bagi mengelakkan khilaf dan keraguan dalam ibadah.
Sekian, terima kasih.