Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ingin bertanya berkaitan musafir (keizinan utk solat jamak & Qasar.
saya akan berangkat ke Yogyakarta Indonesia dari Malaysia, pada 5 April. kemudian pada 7 April akan berangkat ke Purwokerto, Indonesia (sekitar 150km dari Yogyakarta). 8 April pula berangkat ke Yogyakarta semula, dan pulang ke Malaysia pada 10 April.
Adakah saya dianggap musafir sepanjang masa di Indonesia? kerana tidak menetap di satu tempat lebih dari 3 hari?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan perjalanan tuan ketika melakukan aktiviti sepanjang di Indonesia dibenarkan solat jamak dan qasar sekiranya telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar antaranya;
Justeru, perjalanan yang tuan berikan ia dibenarkan mengambil rukhsah bagi menjamakkan dan mengqasarkan solat sepanjang perjalanan di Indonesia tersebut kerana telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar orang yang bermusafir.
Sekian, terima kasih.