BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan zon waktu solat di tempat tinggal saya yang berdekatan dengan beberapa sempadan daerah.

Utk Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, saya perlu ikut waktu solat yg mana ya?

Sebelum ini saya ikut waktu solat Kuala Selangor, Sabak Bernam. Namun saya ingin bertanya utk kepastian, kerana saya baru menetap di kawasan ini.

 

Appreciate your reply. 

 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, waktu solat adalah wajib pada waktu yang telah ditetapkan. Untuk makluman puan, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM terletak di daerah Kuala Selangor. Oleh itu, puan perlu mengikuti waktu solat Zon 3 iaitu bagi Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Puan boleh mendapatkan maklumat ini dari Jabatan Mufti Negeri Selangor seperti melayari website rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi mendapatkan jadual waktu solat yang tepat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 47

message user image