BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Jikalau orang yang meninggal dalam keadaan tidak sedar dan sedang dalam proses pembedahan. apakah hukumnya dalam islam? Kerana mungkin tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, lazimnya ‘Standard Operation Prosedur (SOP)’ pihak hospital ke atas pesakit yang beragama Islam pakar perubatan akan menyarankan supaya pesakit untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sebagai persediaan jika mengalami sebarang kemungkinan sekalipun ia adalah pembedahan yang kecil. Jika ini telah berlaku, kita berdoa agar mendapat khusnul khotimah insya-Allah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 142

message user image