Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Saya ada 2 soalan nak bertanya ustaz berkaitan puasa. Maafkan saya kalau soalan saya membuatkan ustaz geli kerana berkaitan hingus dan sisa di bibir.
Soalan 1:
Saya ada mengantikan puasa baru baru ini. Kemudian saya ada hembus hingus/cecair dan kemudian terlepas dan ia termasuk semula ke dalam hidung. Tapi saya rasa ia tak terpisah dari hidung dan yakin belum sampai bahagian atas mulut. Kemudian saya ada hembus kali kedua dan berjaya keluarkan hingus tersebut. Saya yakin tak ada telan sampai ke tekak hingus tersebut. Cuma waktu saya hembus yang pertama tak sampai dan terlepas masuk semula ke dalam hidung. Saya nak tanya ustaz sama ada puasa saya sah atau tidak? Ataupun dah batal. Saya tetap meneruskan puasa pada hari tersebut.
Soalan 2:
Sebelum keluar rumah saya ada pakai bedak compact di muka. Kemudian saya gosok bibir saya dengan tangan kerana saya khuatir bedak terkena pada bahagian bibir. Kemudian saya dapat rasakan ada sisa bibir saya masuk ke dalam mulut. Sisa itu bukan makanan. Mungkin sisa bibir saya yang kering. Saya khuatir ia sudah bercampur dengan bedak compact kerana sisa bibir itu kelihatan lain. Tapi saya tak ada rasa sisa bedak itu ditelan ke tekak bersama air liur. Cuma saya ada rasa macam ada bendasing dalam mulut tapi saya yakin bukan sisa lidah. Kerana sewaktu puasa saya memang kerap rasa macam ada bendasing dalam mulut. Tapi bila saya cek tak ada apa apa. Cuma air liur sahaja yang ada. Tapi bila sisa lidah termasuk dalam mulut pada waktu tersebut saya tidak cek dekat cermin. Saya nak tanya ustaz puasa saya pada hari tersebut sah atau tidak?
Untuk soalan 1 dan 2, saya mengantikan puasa pada hari lain lain. Dan untuk pengetahuan ustaz, untuk menghabiskan sehari puasa sangat menyeksakan saya kerana saya kerap merasakan setiap apa yang saya membatalkan puasa atau tidak. Sebagai contoh jika saya basuh pinggan saya basuh dengan sangat berhati hati kerana takut air terpercik ke hidung ataupun mulut.
Jawapan dari pihak ustaz saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
1) Mengikut situasi yang puan alami puasa puan sah dan tidak perlu diganti semula. Antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu objek ke dalam rongga terbuka seperti hidung, telinga dan mulut. Justeru, puan telah yakin tidak ada sebarang hingus yang masuk ke dalam rongga tekak puan serta hingus tersebut masih berada dalam rongga hidung bukan dari arah luar yang masuk ke dalam hidung puan.
2) Menjawab soalan ini di dalam kitab beliau yang berjudul Fatawa al-Nawawi (1/90) menyatakan:
Maksudnya: Apabila seseorang yang berpuasa itu merasa makanan dan tidak menelannya, atau dia mengunyah roti dan selainnya namun tidak menelannya, atau seseorang itu mengumpulkan air liur di dalam mulutnya, atau seekor lalat masuk ke dalam rongganya tanpa sebarang kehendak darinya, atau dia sedang mengadun gandum atau tepung dan selainnya lalu dia membuka mulutnya dan masuk sedikit daripada debu-debu, atau tertelan air berkumur atau istinsyak tanpa dia berlebihan (dalam perbuatan tersebut), adakah ini membatalkan puasa ? Jawapan: Kesemuanya ini tidak membatalkan puasa.
Justeru, keadaan yang kedua ini juga tidak membatalkan puasa selagi tiada sebarang ain atau objek yang masuk ke dalam mulut dan puan menelannya secara yakin. Apa yang puan perlu lakukan adalah sekiranya timbul perasaan was-was terhadap sesuatu perkara, sama ada sisa makanan atau bendasing dalam mulut, puan perlu mengabaikan sahaja perkara itu kecuali memang amat yakin memang ada sisa makanan atau bendasing tersebut. Sekiranya ia hanya perasaan yang tak pasti samada ada atau tidak maka abaikan sahaja perasaan itu.
Sekian, terima kasih.